Followers

Monday, January 24, 2011

KEK COKLAT KUKUS















Kek coklat yang di buat ari jumaat lepas...selalu aku buat kek untuk orang Sara selalu nyanyi lagu happy birthday..ari kamis adik aku bagi resepi yang kakak ipar aku bagi kat dia..dia nak cuba tapi bahan2 tak cukup..aku mentelaah resepi (ye la sangat)..tengok bahan-bahan sume ada...
Lepas siap masak makan malam aku pun kuarkan la bahan-bahan yang diperlukan...lepas siap aku buat topping guna coklat ganache dan letak gambar dora...Sara suka kt dora...bahagian atas yang tak rata  aku potong dan buat coklat ball...aku celup dalam coklat ganache dan tabur gula warna 2(nama apa..aku x tau)


RESEPI KEK COKLAT KUKUS (sumber dr kakak ipar aku..x tau dia amek kt mana)
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan butter cair
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 tin susu cair F&N

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati (aku guna mixer..x rajin nk  kacau)..pastikan kacau betul2 supaya tepung tidak berketul2
2. Masukkan dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak..kukus selama 45 minit dengan api sederhana..bila kek da masak sejukkan dahulu..lepas tu bole la hias ikut suka...

Coklat ganache
150 ml susu cair
450 g coklat masak-dipotong kecil2

Masukkan sume bahan dalam bekas tahan panas...masak secara double boiler hingga pekat...lepas 2 bole la hias atas kek...

1 comment:

  1. wahh cantiknya gambar dora tuh... mcm senang jer nak buat kek ni kan.. nak jer try tp takde sapa nak makan huhuu..

    ReplyDelete