Followers

Tuesday, February 15, 2011

MUFFIN COKLAT



Fresh from oven...ari ni baru ada kerajinan nk bakar muffin..bahan-bahan da lama beli tapi 'M' terlebih..resepi cilok dari rumah Hana..Hana amek dari Yani..orang yang dok kat jepun lagi rajin masak...anak-anak suka pulak makan muffin ni..dapat 10 ketul je..memang terasa kecoklatannye..tu yang buat anak-anak suka makan...lepas ni kena buat lagi la..Akak tambah coklat cip dlm tu..tapi Ikram tak suka pulak...tak suka tapi 2 ketul jugak dia makan...Hana..akak CNP resepi kat sini ye..TQ Hana & Yani

Bahan-bahan

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Monday, January 24, 2011

KEK COKLAT KUKUS















Kek coklat yang di buat ari jumaat lepas...selalu aku buat kek untuk orang Sara selalu nyanyi lagu happy birthday..ari kamis adik aku bagi resepi yang kakak ipar aku bagi kat dia..dia nak cuba tapi bahan2 tak cukup..aku mentelaah resepi (ye la sangat)..tengok bahan-bahan sume ada...
Lepas siap masak makan malam aku pun kuarkan la bahan-bahan yang diperlukan...lepas siap aku buat topping guna coklat ganache dan letak gambar dora...Sara suka kt dora...bahagian atas yang tak rata  aku potong dan buat coklat ball...aku celup dalam coklat ganache dan tabur gula warna 2(nama apa..aku x tau)


RESEPI KEK COKLAT KUKUS (sumber dr kakak ipar aku..x tau dia amek kt mana)
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan butter cair
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 tin susu cair F&N

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati (aku guna mixer..x rajin nk  kacau)..pastikan kacau betul2 supaya tepung tidak berketul2
2. Masukkan dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak..kukus selama 45 minit dengan api sederhana..bila kek da masak sejukkan dahulu..lepas tu bole la hias ikut suka...

Coklat ganache
150 ml susu cair
450 g coklat masak-dipotong kecil2

Masukkan sume bahan dalam bekas tahan panas...masak secara double boiler hingga pekat...lepas 2 bole la hias atas kek...

Tuesday, January 11, 2011

Kemalangan...

ni bukan aku yg kemalangan tapi student UiTM Segamat...alkisahnye...tghari semalam aku balik tengahari nak amek anak aku kat sekolah...sebelum sampai traffic light kat persimpangan seri negeri..aku nampak polis dok kawal lalulintas..aku cakap dgn husband aku..ni mesti ada accident..betol pun...ada kemalangan maut kt situ...nak tau citer bole baca kt sini

Sunday, January 9, 2011

TIRAMISU

   

Ni kek sponge in progress...


Ni tiramisu yang da siap hias..tulisan guna cream cheese je..tak sempat nk buat fresh cream..da lmbt..
Selamat Penganti Baru kepada Fadly & Anum...

BUKU

Buku kek aku yang pertama & kedua...yang sulung..buku kek cawan dr lynn hasan..klu nk beli bole g kt website lynn...yang kedua panduan asas menghias kek.. dr zatidhati...Nak pegi belajar kat mike berdua lom berkesempatan lg...yang sebenarnye kewangan tidak mengizinkan...huhuhu...
Buku da beli...nak buek nye ntah bila la...dok belek depan belakang...belakang depan...hasil tetap non ado lagi....InsyaAllah kalau berkesempatan...akan ku buat jgk...

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Muka budak2 yang kena bangun awal pegi sekolah..da lama cuti...tension je kena pegi sekolah eh...oohh...nak bagi tau...baju kurung ika tu...aku yang jahit..sebelum cuti sekolah aku da beli kain..tapi macam biasa la...last minit baru nak buat...lagi seminggu nak sekolah baru aku gunting dan jahit..nasib baik siap..kalau tak...kena pegi beli la jawapnye...





Perhimpunan..Dok kat belakang sekali sebab sampai lambat....ish...ish...ish...ari pertama da datang lambat...camne ni....
Muka bosan je...Kena dengar cikgu berucap...lepas tu kena tunggu Datuk Ali Rustam sampai...lepas tu kena dengar dia berucap pulak...Datuk Ali datang sebab sekolah ni baru buka..kat Melaka ada 3 sekolah baru...satu kat rumah aku...satu kat Taman Tasik..lagi satu aku tak ingat DAR cakap kat mana....

Saturday, January 8, 2011

OREO CHEESECAKE MYRA

Anna oder oreo cheesecake untuk puterinya..Tengku 'Aisyah Humaira...Nak gambar princess...sbb Myra suka jdk princess eh...Happy Birthday Dear Myra...Semoga jadi anak yang solehah..berjaya dunia & akhirat...InsyaAllah...

Friday, December 31, 2010



hahaha...da lama x update blog..2 la org ada blog ko pun nak blog jugak..ibuk jenab ni...tp nk update punya la pemalas..
skrg ni bz la..buat cheese tart yg orang tempah pun x sempat nak amek gambar..asyik gambar cheese tart je orang pun bosan...
OK..kali ni kita layan gambar lama pulak...inilah...kek coklat dgn cupcake hasil kerastangan yg aku buat masa g kelas dgn anis..gigil tgn woo nk buat deko..aku ni da la x kretip tp aku minat buat keja2 cmni walaupun tak pandai..cantik tak aku buat...cakap la cantik..nanti aku kecik ati tau...
lps ni sume kek birthday anak2 aku..aku nak buat sendiri (ye la 2)..kalau aku sempat & gajin la...niat kena ada...hehehe

Friday, December 24, 2010

NON-BAKED BLUEBERRY CHEESECAKE

Blueberry cheesecake ni buat masa raya haji lepas..baru nak upload gambar..Resepi amek kat myresepi sumbangan YANI...TQ yani

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 80g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
  • 40g butter
  • 200g cream cheese
  • 30g gula halus
  • 1 biji kulit lemon
  • 4 sudu kecil madu
  • 60g plain yogurt
  • 70g fresh milk
  • 12g gelatin - cairkan dengan 3sb air suam
  • 125g fresh cream
  • 1 biji jus lemon
  • 6 sudu besar jem blueberry
  • 70g blueberry fruit

Cara-cara

  1. Blueberrycheesecake1
    Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
  2. Blueberrycheesecake2
    Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
  3. Blueberrycheesecake3
    Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
  4. Blueberrycheesecake4
    Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
  5. Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
  6. Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
  7. Blueberrycheesecake6
    Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
  8. Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
  9. Blueberrycheesecake7
    Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.
  10. Blueberrycheesecake8
    Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya.
  11. Simpan dalam peti ais sehingga beku.

Thursday, December 23, 2010

OREO CHEESECAKE

Oreo cheesecake...oder dr Puan Nuratikah MBMB...hehehe...Kalau nak bole la oder..

Oder dari Sue

Blueberry Cheesetart ni dioder oleh Sue..TQ Sue..Sori husband akak je yg hantar td.Ada audit kt opis td..Next time bole la oder lg ya...

Sunday, December 19, 2010

APAM DINASOUR

Apam nia ku buat untuk kakak aku bawak g batu pahat...sama dengan blueberry cheesetart sebelum ni...

BLUEBERRY CHEESETART LAGI

Blueberry Cheesetart lagi...Kalau berminat nak tempah bole sms 013-6705565 atau emel zainabamir72@gmail.com

BLUEBERRY CHEESE TART

Blueberry Cheesetart ni kakak aku tempah nk bawak g Batu Pahat..anak buah abang ipar aku kawin so kakak aku bawak untuk makan2 masa rewang..mula2 dia tempah blueberry cheesecake dengan oreo cheesecake...lepas 2 call kata nak cheesetart..aku ingat dia nak cheesetart je rupa-rupanye dia nak cheesetart dengan oreo cheesecake...aku da salah paham...aku buat tart je..hahaha...sori la kak da miss communication la...kakak aku bagi tau..sume cakap sedap..nak latak kat meja pengantin tapi da abis...(ni kakak aku la ckp)...hehehe..lain kali bole tempah lagi eh...

CHEESE TART YANG PERTAMA

Ni la hasil blueberry cheese tart aku yang pertama....Balik je dari kelas cheese tart terus aku ajak En.Azmi pegi beli barang-barang buat tart..balik dari  kedai terus buat tart shell...esoknye baru buat filling dia...excited giler nk buat walaupun aku x makan...aku tak pandai deko-deko ni jadik ni je la yang mampu aku buat...bagi adik aku sikit & baki bawak g opis kasi kawan2 makan...

MULA BLOGGING

Aku rasa ni blog aku yang ke-3.Sebelum ni aku buat tapi lepas tu da tak ingat password....So sebagai langkah keselamatan aku guna password yang aku senang ingat...
Hobi aku kalau tak de keja ialah blog walking...ari2 aku pegi tengok blog orang tapi jadik silent reader je..ada jugak blog yang wajib aku bukak tiap ari sebab aku suka dengan apa yang ditulis..ada orang yang tak suka kalau membaca aje tapi aku tak kisah janji aku enjoy dengan cite2 yang ditulis..
Harap2 aku gajin la mengupdate blog ari2...